Thursday, 29 March 2018

Kelebihan Sari Cuka Teen - Olive House


Sari Cuka Teen Olive House diperbuat daripada buah Tin yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Tin tersebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bagi bertujuan untuk menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil “Mother” dimana kelihatan jelas apabila cecair coklat pekat terdedah kepada cahaya.

Sari Cuka Teen Olive House kaya dengan Potassium, di mana ramai di antara kita kurang mineral serta menyebabkan gangguan pada hari tua. Kalsium menguatkan tulang dan potassium berfungsi untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot. Buah Tin yang segar dipilih untuk membuat Sari Cuka Teen. Tin segar kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh seharian.


KHASIAT SARI CUKA TEEN 




● Dapat mencegah berlakunya pembengkakkan pada badan seperti bisul dan kanser
● Membuang darah kotor dan melancar pengaliran darah
● Mengatasi proses pencernaan makanan didalam perut
● Melancarkan pergerakan usus
● Merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk yang berpanjangan
● Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
● Menurunkan tahap kolesterol
● Mengimbangi tahap asid-alkali didalam badan dan mengeluarkan lebihan garam
● Membakar kalori dengan cepat
● Membuang toksin
● Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata dan telinga
● Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
● Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan didalam perut
● Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu)
● Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat - ubatan yang pelbagai
● Melancarkan pengeluaran susu ibu
● Melancarkan perjalanan darah yang berketul didalam perut (masalah gangguan haid)
● Memperbaiki fungsi limpa
● Menghilang masalah dahaga dan mengurangkan panas badan

 Cara PENGAMBILAN Sari Cuka Teen :  

 
Masukkan 1 ke 2 sudu teh Sari Cuka Teen ke dalam segelas air kosong dan untuk tambahan, anda boleh tambah 1 ke 2 sudu teh Madu Asli atau apa-apa perisa kegemaran anda.
Waktu pengambilan sebaik-baiknya di waktu tengahari sebelum atau 10-15minit selepas makan makanan berat.
Boleh di ambil sejuk atau suam.
TERBAIK UNTUK DETOX USUS ANDA 

TESTIMONI PENGGUNA


















#ZAHRAOLIVEHOUSE
                                               #WEBEGINWITHNATURE

Wednesday, 28 March 2018

Olivie Plus 30x







OLIVIE PLUS 30X



Olivie Plus 30x adalah salah satu produk Olive House yang mendapat sambutan luar biasa. Olivie Plus 30x merupakan minyak zaitun organik "extra virgin" yang mengandungi 30 kali ganda antioksida HYDROXYTYROSOL & OLEOCANTHAL berbanding minyak zaitun "extra virgin" yang lain. 
Olivie Plus 30x ditanam di kawasan kering pergunungan Atlas, Morocco. Ia diproses di kilang Atlas Olive Oil yang sudah bertapak sejak tahun 1875.


Miny​​​​​​​​ak Zaitun di dalam Al Quran​

" DEMI BUAH TIN DAN BUAH ZAITUN"

-At Tin

 

Kelebihan  Olivie Plus 30x

Olivie Plus 30x banyak mendapat pengiktirafan di peringkat dunia. Antaranya Anugerah Mario Solinas yang dianjurkan oleh International Olive Oil Council, ‘Great Taste Award of London’ dan The International Olive Oil Competition of Los Angeles di Amerika Syarikat.
Selain itu juga Olivie Plus 30x mendapat sijil produk organik daripada USDA (United States Food and Drug Administration).



 

 


Antara kelebihan Olivie Plus 30X ialah

1. 100% Pati Minyak Zaitun Asli.

2. Mempunyai khasiat 30 kali ganda daripada pati minyak zaitun yang lain.

3. Pati minyak zaitun perahan pertama dan tidak ditapis.

4. Menggunakan teknik perahan sejuk atau mechanically cold-pressed.

5. Ditanam tanpa menggunakan baja.

6. Tiada penggunaan racun serangga.

7. Produk berkualiti tinggi dan organik.



Khasiat Olivie Plus 30x bagi kesihatan tubuh kita ;

πŸ‘‰ Melancarkan peredaran darah.
πŸ‘‰ Meningkatkan sistem imuniti dalam badan.
πŸ‘‰Menurunkan paras LDL [kolestrol tidak sihat]
πŸ‘‰ Merawat eczema.
πŸ‘‰ Melambatkan proses penuaan & mencantikkan kulit.
πŸ‘‰ "Fat burner" semulajadi untuk menurunkan berat badan.
πŸ‘‰ Melindungi dari penyakit radang seperti arthritis sendi.
πŸ‘‰ Mengawal tekanan darah tinggi.
πŸ‘‰ Melindungi tubuh dari radikal bebas penyebab kanser.
πŸ‘‰ Membantu sistem penafasan seperti asma dan kesukaran bernafas.


#ZahraOliveHouse
-We Begin wih Nature

 


Kelebihan Minyak Zaitun Olive House - TANPA TAPISAN

"MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN"

 

ZAITUN

Merupakan antara spesies tanaman yang tertua di dunia. Pohon Zaitun memerlukan antara 5 hingga 8 tahun untuk mengeluarkan buah zaitun pertamanya. Ia mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga beribu
tahun. Sejarah telah menunjukkan bahawa zaitun mempunyai pelbagai kegunaan khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman-berzaman.

Sudut Pandangan Sains

Nama saintifik zaitun ialah Olea-eurofea. Tinggi pokoknya, kebiasaannya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, D, E dan K serta zat besi.

MENGAPA MINYAK ZAITUN OLIVE HOUSE TERBAIK?

πŸ’“1. Minyak zaitun Olive House tidak ditapis (unfiltered)

mengandungi lebih 30% "polyphenols" berbanding minyak zaitun yang ditapis. Polyphenols adalah sistem pertahanan semulajadi bagi pohon zaitun. Apabila manusia memperoleh polyphenols, ia akan melindungi sel manusia dari radikal bebas, virus dan bakteria.

Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti polyphenols, carotens, chlorophylls dan anthocyanin.

πŸ’“ 2. Pati Minyak Zaitun Olive House dihasilkan melalui proses perahan sejuk/cold-pressed (Extra Virgin)

Pati Minyak Zaitun Extra Virgin ialah pati minyak zaitun yang mempunyai kualiti yang paling baik. Pati Minyak Zaitun hanya akan dianggap Extra Virgin jika proses mengeluarkan pati minyak zaitun dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia atau pemanasan.

Minyak zaitun Olive House mengikut standard Olive Oil Counsil untuk digelar “Extra Virgin”. Olive Oil Counsil adalah sebuah organisasi antara kerajaan negara-negara yang menghasilkan buah zaitun atau produk yang diperolehi daripada buah zaitun.

πŸ’“ 3. Pati Minyak Zaitun Olive House tidak dalam bentuk kapsul, gel atau pil

 Pati Minyak Zaitun amat sensitif kepada cahaya atau kepanasan. Untuk menghasilkan softgel, perlu melalui proses pemanasan. Apabila minyak zaitun dijadikan dalam bentuk kapsul atau pil, akan hilang sebahagian khasiat yang sepatutnya diperolehinya.

πŸ’“ 4. Pati Minyak Zaitun Olive House dibotolkan dalam botol kaca, bukan botol plastik

 Mengapa botol kaca, bukan botol plastik?

Ini adalah disebabkan untuk mengelakkan berlakunya tindak balas
kimia terhadap minyak zaitun. Hakikatnya botol plastik mampu mengakibatkan berlakunya tindak balas kimia berbanding botol kaca dan kualiti minyak zaitun akan terjejas.

πŸ’“ 5. Pati Minyak Zaitun Olive House dibotol dan diletakkan dalam kotak

 Pati Minyak Zaitun Olive House dibotolkan dalam botol kaca yang jernih dan disimpan dalam kotak. Hal ini kerana Pati Minyak zaitun Olive House sangat sensitif kepada cahaya dan kepanasan.

Pati Minyak Zaitun Olive House dibotolkan dalam botol yang jernih supaya Pati Minyak Zaitun tersebut dapat dilihat dan menunjukkan ianya tidak bertapis.



πŸ’“6. Pati Minyak Zaitun Olive House diproses tidak melebihi 48 jam
 
 Pemprosesan Pati Minyak Zaitun Olive House tidak melebihi 48 jam dari masa buah zaitun dipetik dan diperah buahnya. Tempoh masa kurang daripada 2 hari inilah yang menjadikan Pati Minyak Zaitun Olive House berkualiti premium.
 
πŸ’“ 7. Pati Minyak Zaitun Olive House di isi dengan gas nitrogen dalam botol ketika "Filling Proses

Ini bertujuan agar gas Oksigen dapat dikeluarkan daripada dalam botol. Ini disebabkan oleh tindak balas gas oksigen terhadap Pati Minyak Zaitun mampu menurunkan tahap kualiti minyak zaitun itu ke tahap yang rendah. 

πŸ’“ 8. Pati Minyak Zaitun Olive House terhasil melalui gabungan buah zaitun hijau dan hitam

 Pati Minyak Zaitun Olive House kaya dengan Polyphenols (buah zaitun hijau) dan kaya dengan Lipid (buah zaitun Hitam). Gabungan ini menyebabkan rasa yang lebih sedap dan berlemak.
 
Khasiat Beta-Caroten (-B) inilah yang memberikan warna pada kehijauan buah zaitun dan merupakan sumber vitamin A yang mana khasiatnya memberikan rasa enak kepada minyak zaitun.

πŸ’“  9. Pati Minyak Zaitun Olive House berasal dari Izmir, Turki

 Bumi Izmir di Turki mempunyai sejarah membekalkan Pati Minyak Zaitun berkualiti bermula tahun ke-6 sebelum Masihi.
 
Pati Minyak Zaitun Olive House mempunyai jumlah asiditi yang menepati keperluan kesihatan tubuh manusia (>0.8)





Pati Minyak Zaitun yang dijadikan sebagai bahan makanan tambahan bertindak sebagai :


● Penambah nutrient dan zat di dalam makanan
● Mencuci dan membaik pulih perut
● Menjadi penawar bagi keracunan
● Membantu pesakit gastrik
● Merawat kegagalan fungsi buah pinggang
● Merawat kanser
● Merawat masalah jantung
● Menurunkan paras kolesterol
● Merawat penyakit diabetes

 
 Pati Minyak Zaitun yang digunakan sebagai sapuan luaran pula bertindak :

 ● Melicin dan melembutkan kulit
● Merawat ekzema dan psoriasis
● Meremajakan kulit
● Menyegarkan kulit kepala dan merawat masalah rambut



CADANGAN PENGAMBILAN/PENGUNAAN 
πŸ’ͺ2 SUDU BESAR SEHARI BAGI KESIHATAN TUBUH BADAN
πŸ‘‰DISARANKAN PENGAMBILAN TERBAIK DI AWAL PAGI





-ZAHRA OLIVE HOUSE
-WE BEGIN WITH NATURE

 

"We Begin With Nature"

SEJARAH

OLIVE HOUSE merupakan sebuah syarikat diatas nama OHR Marketing Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai syarikat milikan tunggal di bawah nama OLIVE HOUSE Resources dan secara rasminya sebagai syarikat sendirian berhad pada tahun 2014.
Berpegang teguh dengan moto ‘We Begin With Nature’ produk yang dikeluarkan oleh OLIVE HOUSE adalah produk organik dari tumbuh-tumbuhan semulajadi yang berasaskan ‘Quranic Food’ seperti buah zaitun, buah delima, buah tin dan kurma. Produk OLIVE HOUSE dihasilkan di tempat asal produk organik tersebut dengan melalui piawaian yang terperinci bagi memastikan kesegaran dan khasiat produk di tahap maksimum.

 LATARBELAKANG

 
Segalanya bermula ketika pengasas  OLIVE HOUSE, Ustaz Mohd Aidil Azwal bin Zainudin melanjutkan pelajarannya di Al Azhar Mesir di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Syariah dan Undang-Undang pada tahun 1998. Selama sepuluh tahun bergaul bersama dengan masyarakat di Timur Tengah, beliau amat tertarik dengan budaya amalan pemakanan buah zaitun dan diet pemakanan masyarakat di sana yang dikenali sebagai Diet Mediteranean


GAYA HIDUP MEDITERANEAN
 
Penduduk di Timur Tengah merupakan antara pengguna yang paling banyak menggunakan minyak zaitun di dunia pada setiap hari samada diambil secara terus ataupun dimakan bersama salad. Berdasarkan pemerhatian beliau, pengambilan minyak zaitun memberikan impak kesihatan yang amat baik bagi masyarakat di Timur Tengah terutamanya dari penyakit jantung. Peratusan golongan menghidap penyakit jantung di Timur Tengah amat rendah berbanding masyarakat di Malaysia.
Semenjak dari itu, beliau bertekad untuk membawa produk minyak zaitun yang tinggi khasiatnya pulang ke Malaysia bagi berkongsi manfaat kesihatan kepada semua. Dengan bermodalkan RM 400.00 sahaja bagi membeli empat tin minyak zaitun dari Syria dan 400 botol kosong, pengeluaran produk pertama OLIVE HOUSE dilakukan oleh beliau sendiri di rumahnya di Alor Setar, Kedah. Bermula dengan pengisian minyak zaitun ke dalam botol, melekatkan label hinggalah menjual produk dari ke rumah ke rumah dilakukan oleh beliau sendiri tanpa mengira penat dan lelah.
Matlamat beliau hanyalah satu, untuk memberi pengetahuan dan berkongsi manfaat kepada masyarakat pada waktu itu mengenai kehebatan dan khasiat minyak zaitun yang sememangnya termaktub di dalam Al Quran dan Sunnah dan seterusnya mengamalkan pemakanan minyak zaitun dalam kehidupan seharian.


PENERIMAAN MASYARAKAT MALAYSIA
 
Perit jerih beliau mendatangkan hasil apabila sambutan menggalakkan diterima oleh masyarakat setempat terhadap produk pertama OLIVE HOUSE. Dalam masa setahun, tempahan demi tempahan diterima menyebabkan beliau tidak menang tangan dalam menghasilkan produk minyak zaitun tersebut. Oleh kerana jumlah permintaan yang meningkat dengan mendadak sehingga 5000 botol menyebabkan beliau terpaksa menghantar produk kepada pengilang iaitu Gesundheit Marketing bagi tujuan pengeluaran produk. Melihat perkembangan yang amat positif, anak jati Alor Setar, Kedah ini terus mengorak langkah ke hadapan dengan menubuhkan syarikat milikan tunggal di bawah nama OLIVE HOUSE Resources pada tahun 2011 dan bertukar wajah kepada syarikat sendirian berhad pada tahun 2014 di bawah nama OHR Marketing Sdn Bhd

PAKAR NUTRISI ANTARABANGSA
 
Pertemuan beliau dengan seorang tokoh nutrisi terkemuka dari Morocco, Dr Muhammad Faidh yang memperkenalkan konsep asas serta falsafah nutrisi dan perubatan ‘Quranic Food’ menjadikan beliau lebih berani dan yakin untuk memperluaskan produk di bawah keluaran OLIVE HOUSE. Bermula dengan produk pertama iaitu pati minyak zaitun OLIVE HOUSE, beliau menjelajah ke seluruh dunia untuk mencari produk bermutu tinggi dan asli untuk dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia.
Antara produk keluaran OLIVE HOUSE adalah produk buah teen iaitu buah teen kering organik, cuka buah teen, jus delima, pati minyak zaitun Olivie 30X, ubat gigi garam bukit dan cengkih serta yang terkini, produk kecantikan berupa serum  berasaskan buah zaitun pertama di dunia, Nature Euforia.

“OLIVE HOUSE PENCETUS SENYUMAN SEMULA JADI”

Kelebihan Sari Cuka Teen - Olive House

Sari Cuka Teen Olive House diperbuat daripada buah Tin yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Tin tersebut dibiarkan matang di...